Video muzik Di_Matamu

Video muzik ini memecah rekod apabila berjaya mendapat 1.4 juta tontonan dalam masa 24 jam.Video muzik ini mengisahkan pertemuan antara Sufian dan kekasihnya. Sufian sanggup berbuat apa saja untuk menambat hati kekasihnya. Namun setelah kekasihnya mengetahui bahawa Sufian memiliki kekasihnya yang lain, dia sanggup menampar Sufian dan meninggalkan dirinya keseorangan. Akhirnya kekasih baru Sufian juga mengalami nasib yang sama seperti kekasih lamanya, dia membaling foto bergambar Sufian bersama kekasih lamanya ke arah muka Sufian sendiri lalu pergi meninggalkan Sufian. Lagu ini telah memadam rekod yang dipegang oleh lagu "Ku Rela Dibenci" oleh Aiman Tino sebagai lagu melayu paling banyak tontonan pada Januari 2019 sekaligus menjadikan ia lagu melayu pertama yang mencecah 50 juta tontonan.

Berkaitan